Powered by Blogger.
RSS

Pom2 Girl Harimau Malaya

























Sorry yer... Ada Kualiti gambar kurang memuaskan... Ambik guna hp dari jarak yang jauh itu je hasilnya...

Walaupun kalah menentang Singapore, tak apalah... Sekurang2 nya sukan bola sepak Malaysia dah pun meningkat satu tahap lagi... Xla asyik duduk di takuk lama... Kita?! renung2 kan dan selamat beramal... :)

Untill our next meeting, Spread Your Love Sayangsss!xoxo...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wordless Wednesday Lagi...








2 pic? Best kan?! *saya sedang senyum sampai ke telinga...*


Untill our next meeting, Spread Your Love Sayangsss!xoxo...


- Posted using BlogPress from my iPhone

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saya & Conan





Huuu... Saya ok, sihat lg... Cuma bz semenjak 2 menjak ni... Byk entri yg terdraft separuh2 dlm simpanan... Tak sempat lg nak abeskan... Yg gumbira, kelakar, sedih, kecewa semua ada... Lengkap la rencah hidup sbg seorang yang bergelar manusia kan...

Oh... Pasal tajuk entri kali ni... Saja nak bagitau saya adalah peminat Conan.. Sama macam saya minat Harry Potter jugak lah... Lama dah sy baca Conan ni... Wlupun cerita tak lah logik pun, tp secara xlngsung ia menguji jugak minda kita ni sket2...

Memang ade dlm siri tv.. Tp sy lg suka membaca.. Mngkin jugak dipengaruhi cinta saya pada bacaan... :)

Setakat ni saya x jumpa lg komik Melayu yang membuatkan sy xsabar nk tggu setiap keluaran baru... Conan je yang mampu buat sy xsabar menunggu... Nak tau sama ada suspek sy utk kes tersebut sama ke dgn kesimpulan si Conan ni...

Ok la, xnak merepek pnjg2... Nak membaca ni... Sape2 yg xtau nak buat ape dah... Gi le kedai buku n beli Conan... Klu bkn Conan sekaliupun, cari je ape2 utk dibaca... Kerana manfaat membaca ni sgt besar... Untuk idup kiter arini dan mngkin juga utk masa depan... InsyaAllah...

Untill our next meeting,
Spread Your Love Sayangsss! xoxo...


- Posted using BlogPress from my iPhone

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lirik: Mimpi Indah

Baron Bros (Apit) – Mimpi Indah

Sekian lama terpisah
Akhirnya kita berjumpa
Bagai sebuah cerita cinta

Senyuman yang kau ukirkan
Selalu bermain dimata
Hingga terbawa didalam lena

Bilaku pejam mata
Dirimu yang menjelma
Bertemu kita didalam mimpi indah

Ku sering memikirkan dirimu kasih
Tak putus doaku hulur padamu…ohh
Moga terbuka pintu hatimu untukku
Membuktikan kejujuran cintaku

Impian menjadi nyata
Seandainya kau terima
Cinta yang telah aku berikan
Akanku genggam setia
Janji yang telah dibina
Bersama kita menuju bahagia

Bridge:

Bilaku pejam mata
Dirimu yang menjelma
Bertemu kita didalam mimpi indah

Kau bersinar mengerangi kegelapan
Kau hadir menyeri kehidupanku…Ohh
Maafkanlah daku kisah cinta lalu
Takkan ku ulangi kesilapanku

Kan ku cium tanganmu
Sebagai tanda rindu
Kan ku katakan ku cinta padamu

Kan ku cium tanganmu
Sebagai tanda rindu
Kan ku katakan
Ohh darling I love you…

Ps: lagu ni la yg kamu2 dgr waktu melawat blog sy buat masa skrg... :)

Untill our next meeting,
Spread Your Love Sayangsss!
xoxo...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apakah?

Sedap?
Published with Blogger-droid v1.7.2

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saya Nak Tolong, Tapi Apakan Daya...

Alahai.... tadi saya terima satu panggilan untuk sifu...
Sifu takde kat tempat dia waktu tu...
Staff dari cawangan...
Nak tanya sesuatu berkait sistem...
Saya nak sangat tolong,
Tapi....
Saya tak tau macam mana nak tolong...
Kesian dia... Dah 2 hari masalah nya tak selesai....
Oh, kalau saya boleh tolong,
Alangkah bagusnya...
Tapi, saya memang tak tau. Tak tau macam mana caranya.
Tak tau macam mana nak tolong...
Jelaskan,
kemampuan manusia itu memang terbatas...
Walau keinginan dan niat baik,
Tapi apalah daya saya...

Untill our next meeting,
Spread Your Love Sayangsss!
xoxo...

- Posted using BlogPress from my iPhone

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ayah, Selamat Ulang Tahun Kelahiran



Ini hero saya.. Pak cik Rahman kalau kamu2 nak pggl... Hee... Arini Ulangtahun kelahiran pakcik Rahman a.k.a Ayah saya yg ke-54...

Harapan sy, Semoga Allah s.w.t sentiasa melimpahkan rahmat Nya buat ayah saya... :)

Saya suka gelar pakcik Rahman ni 'sugar daddy' sy... Sbb die sgt manis kan... Mcm anak die... :p haha... Ok tu tipu! Jgn caya... :)

Ps: entri pendek je... Tapi ini bkn bandingan jumlah kasih syg dan cinta sy buat ayah... :)

Untill our next meeting,
Spread Your Love Sayangsss!
xoxo...


- Posted using BlogPress from my iPhone

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kemenangan Itu Memang Manis


Aha! Mesti kamu2 tertanya2 saya dah menang apa kan? Memang la office saya ada buat Pertandingan Jom Masak... tapi saya tak join pon.... Jadi macam mana nk menang kan? Saya tau kamu2 mesti nak Tanya tu.... okla, meh kite pendekkan cerita... kemenangan ini tak berkaitan langsung dengan pertandingan memasak itu.

Jadi, saya menang pertandingan apakah? Saya menang pertandingan dalam kehidupan... :) Wah..berat bunyi nya kan.... tapi itu kenyataan... Untuk kamu2 biar saya ingatkan, yang dalam kehidupan ni ada macam2 jenis keadaan dan dugaan yang kita akan jumpa. Sama ada kita akan Berjaya mengharunginya atau tidak, ia bergantung pada jalan yang kita pilih. Jadi, ini diibaratkan satu pertandingan dalam hidup. Kalau Berjaya melalui ujian tu, maka menanglah kita. Dan jika sebaliknya..kamu semua pun tau jawapan nya kan.... Kalau tak tau sila rujuk kamus untuk perkataan KALAH.. =p

Ok, meh sy bgtau ape jadi ye... sape nak tau teruskan baca, yg xnak tau pun baca la jugak... :) Awal tahun ini saya bermasalah dengan seseorang that i use to call a friend..tapi kerana ada mulut lain, terjadi kesalahfahaman di situ, dan yang ajaibnya...orang yang pernah berjanji menjadi kawan saya dan percaya pada saya tidak lagi bergelar kawan... sadis kan? Memang.... mungkin kerana mulut lain itu adalah dari seorang yang layak saya gelar kakak... malah saya hormatkan dia sebagai seorang kakak. Lebih sadis kan?!

Waktu itu saya sgt ‘down’. Sangat kecewa. Hati saya hancur luluh. Kepercayaan saya lebur. Saya hairan kenapa saya yang jadi mangsa keadaan, tapi saya yang disingkirkan. Mujur saya masih ada mereka yang betul2 bergelar teman... Mereka yang membuatkan saya tidak menangis. Tapi, dalam waktu yang sama.. saya kecewa kerana orang yang menjadi tempat saya mengadu selama ini juga dah menjauhkan diri dan buat tak peduli.

Saya fikir dan fikir..Memang saya ke yang bersalah sampai semua orang buat saya macam ni. Akhirnya, saya tebalkan muka, cekalkan hati...mengadu nasib pada seseorang yang sebelum ini tanpa sedar selalu buat saya ketawa. Cerita punya cerita, dia kata buang masa saya nak susahkan diri fikir semua ni. Dia suruh saya remove nama2 tak penting itu dari senarai kawan2 sy di Facebook. Masa tu sy rasa sgt payah. Kerana saya syg kan mereka semua. Tapi dia kata, sy kena buat macam tu. Baru mereka akan tau dan sedar, Dia kata lagi sy akan merasa betapa puasnya bila satu hari nanti orang2 itu akan mencari saya semula.... benar! Tak de satu pun yang tak betul dr kata2nya itu. Saya buat apa yg dia suruh. Saya tenang dan tidak fikir2 lagi... Dan, kepuasan itu saya perolehi petang semalam. Bila saya dapat 1 panggilan. Saya menang!

Jadi kamu2 semua.... Biarlah kalaupun kita kena mengalah pada awalnya...kerana pada akhirannya, yang benar akan tetap menang... Dan kepuasan dari kemenangan itu sangat2 manis rasanya... :)

Saya juga nak ingatkan, bila kamu punya masalah, berkongsilah dengan orang yang betul. Kerana bila yang menasihati itu melorongkan kamu ke jalan yang betul, kamu tak akan binasa. InsyaAllah...

Sekian dulu kali ni... mekasih sebab sudi baca entri pjg berjela ni...

PS: Tuan penasihat sy memang best... Dia selalu pesan “Fikirlah cara musuh berfikir”... Terima kasih pakcik!


Untill our next meeting, Spread Your Love Sayangsss!xoxo...

- Posted using BlogPress from my iPhone

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lelaki Panas Baran


-gambar sumber google

Kaum hawa manakah yg suka lelaki panas baran? Saya 98% pasti tak ada bukan?! Dan lelaki pula berapa ramaikah dikalangan kamu2 yang tergolong dalam lelaki yang panas baran?

Lelaki yang tegas dan marah pada tempatnya memang macho... Kat mata saya la... Kamu2 saya tak pasti.... Sebab ade sesetengah orang memandang lelaki yang lembut tutur kata, sopan dan manis mulut itu yang macho. Terpulang...saya tak punya hak nak kata siapa yang betul dan siapa pula yang salah. Itukan pandangan individu.


Sekarang ini topiknya adalah mengenai lelaki panas baran. Hurm... bercakap tentang lelaki sebegini, saya nak ambil kesempatan ini beritahu pada lelaki2 yang dalam golongan itu, kawal lah emosi kamu. Mungkin, bila dengan bersikap begitu kamu merasakan kamu mendapatkan apa yang kamu mahu (walaupun ianya tidak secara professional) tapi ianya kelihatan sangat tidak baik dan menjengkelkan. Tak perlu berlagak hero dengan marah2 dan mengamuk pada orang lain. Kerana dengan sebab itu kamu tak akan Nampak kebenaran. Perasaan marah itu akan menutup mata kamu dari melihat apa yang betul cuba ditunjukkan.

Ok, mari kita bayangkan.... Kalau orang yang panas baran bertemu dengan orang yang "ok2 ko menang" it will be ok and no problem. Kan...Tapi cuba bayangkan si panas baran A jumpa si panas baran B. Fuhh... mau perang dunia jadinya. Lagi2 lelaki ni tak cukup dengan tinggi suara, silap haribulan penumbuk pun singgah. Ngeri sungguh! Tolonglah....kawal perasaan.

Sebenarnya, saya baru melihat situasi ni awal minggu ini. Takutnya la haiii... Eh, sejak bila saya jadi penakut?! Haha...ok silap..... Tapi jelas. Ianya sangat tak seronok dilihat dan tak sedap didengar.

Jadi lelaki yang panas baran...renung2 kan lah... Kalau2 ada perempuan yang panas baran sampai tahap macam tu pun, fikir2 kan la....

Love Sayangsss!xoxo...


- Posted using BlogPress from my iPhone

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wordless Wednesday La Jugak...




- Posted using BlogPress from my iPhone

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jangan Datang Kalau Tak Dijemput



Gambar sumber Google


Okey, pernah tak kamu2 tiba2 dapat call kata ada orang nak datang rumah kamu? Time tu pulak kamu memang rasa "Adoii...nape time ni pulak ko nak datang..." Haa..pernah tak?! Tipu kalau kata tak pernah. Sebab saya pun pernah macam tu. Tapi, dah orang nak datang, xkan kita tak nak bagi pulak kan. Lagipun kata Ayah saya,
Kalau org datang rumah a.k.a tetamu itu membawa rezeki pada kita. Jadi apa la salahnya kita terima je kedatangan mereka tu dengan senang hati. Lagi pun niat diorang mesti la baik nak menziarahi kita kan. Tapi sayangnya... sayang ni tanda kesal saya. Bukan saya betul2 sayang... sila jangan salah faham. Ada juga orang tak ambil kisah tentang hal ini. Dah tau ada orang nak datang rumah... Eh, macam-macam pulak alasan yang dia bagi. Yang beralasan dari awal tu taka pa lah lagi. Ini dah orang yang nak datang tu dah otw, alih2 kita kata kita nak keluar rumah.... Oh...sangat sadis. Kalau keluar itu atas sebab yang sangat dituntut atau memang perlu sangat2 tak apa lah. Kalau yang boleh ditangguh, tangguhkan lah dulu. Kasihan kan orang susah payah datang, lagi2 kalau jauh... Isi minyak (petrol dah la mahal!)...

Pusing sana pusing sini cari jalan...Beli buah tangan... alih2 kena pusing balik sebab tuan rumah nya tak ada..eh bukan tak ada... tapi nak keluar... padahal bukan nye nak buat surprise ke ape... da bgtau kot nak dtg...

Hurm.... saya pernah alami situasi ni sebenarnya..... Kesian kan saya?! Eh, saya sebagai org yang nak datang bukan tuan rumah tu.... Bukan sekali tapi ada la a few time... kesian kan..kan? Ok2... ni bukan blog meraih simpati (Kalau blog sy ni, saya jemput org dtg ramai2..tapi tetiba sy private kn dan wat password protected..kejam la maknanya tu kan...) *iklan je* tapi situasinya lbh kurang utk yang faham, untuk yang tak faham, faham kan la sampai lebam...huu...

Hasil dari peristiwa2 pahit...eceh tak ada la pahit sgt... Tak kecewa pon tak dapat gi umah org2 tu... saya telah buat satu kesimpulan, dan saya merumuskan bahawa JANGAN DATANG, KALAU TAK DIJEMPUT.... ha..betul la...memang sama dengan tajuk entri sy tu... Kita tak sentap, tuan rumah pun tak ada lah bersalah...

Itu je kali ni.... walaupun kes ni dah lepas... hati masih terasa weh.... *sebab puan mama la kecik ati... saya tiba2 jd emo*

Untill our next meeting, Spread Your Love Sayangsss!
xoxo...





- Posted using BlogPress from my iPhone

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Update List!



Saya bz sgt a few days ni... Xsempat lg nk post ape2 entri.. Tp untuk2 kamu2... Sy bg hint sket senarai entri yg bakal muncul nnt... :) pastikan jgn ketinggalan.. Tunggu.....

- Wedding: Azfaliana & Amin
- Lelaki Panas Baran?!
- Jgn Datang Kalau Tak Dijemput!
- Si Buah Hati Pengarang Jantung

Ha... Menarik kan?! Make sure kamu2 akan bca entri2 ni nanti k.. :)


Untill our next meeting, Spread Your Love Sayangsss!xoxo...



- Posted using BlogPress from my iPhone

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...