Powered by Blogger.
RSS

Kemenangan Itu Memang Manis


Aha! Mesti kamu2 tertanya2 saya dah menang apa kan? Memang la office saya ada buat Pertandingan Jom Masak... tapi saya tak join pon.... Jadi macam mana nk menang kan? Saya tau kamu2 mesti nak Tanya tu.... okla, meh kite pendekkan cerita... kemenangan ini tak berkaitan langsung dengan pertandingan memasak itu.

Jadi, saya menang pertandingan apakah? Saya menang pertandingan dalam kehidupan... :) Wah..berat bunyi nya kan.... tapi itu kenyataan... Untuk kamu2 biar saya ingatkan, yang dalam kehidupan ni ada macam2 jenis keadaan dan dugaan yang kita akan jumpa. Sama ada kita akan Berjaya mengharunginya atau tidak, ia bergantung pada jalan yang kita pilih. Jadi, ini diibaratkan satu pertandingan dalam hidup. Kalau Berjaya melalui ujian tu, maka menanglah kita. Dan jika sebaliknya..kamu semua pun tau jawapan nya kan.... Kalau tak tau sila rujuk kamus untuk perkataan KALAH.. =p

Ok, meh sy bgtau ape jadi ye... sape nak tau teruskan baca, yg xnak tau pun baca la jugak... :) Awal tahun ini saya bermasalah dengan seseorang that i use to call a friend..tapi kerana ada mulut lain, terjadi kesalahfahaman di situ, dan yang ajaibnya...orang yang pernah berjanji menjadi kawan saya dan percaya pada saya tidak lagi bergelar kawan... sadis kan? Memang.... mungkin kerana mulut lain itu adalah dari seorang yang layak saya gelar kakak... malah saya hormatkan dia sebagai seorang kakak. Lebih sadis kan?!

Waktu itu saya sgt ‘down’. Sangat kecewa. Hati saya hancur luluh. Kepercayaan saya lebur. Saya hairan kenapa saya yang jadi mangsa keadaan, tapi saya yang disingkirkan. Mujur saya masih ada mereka yang betul2 bergelar teman... Mereka yang membuatkan saya tidak menangis. Tapi, dalam waktu yang sama.. saya kecewa kerana orang yang menjadi tempat saya mengadu selama ini juga dah menjauhkan diri dan buat tak peduli.

Saya fikir dan fikir..Memang saya ke yang bersalah sampai semua orang buat saya macam ni. Akhirnya, saya tebalkan muka, cekalkan hati...mengadu nasib pada seseorang yang sebelum ini tanpa sedar selalu buat saya ketawa. Cerita punya cerita, dia kata buang masa saya nak susahkan diri fikir semua ni. Dia suruh saya remove nama2 tak penting itu dari senarai kawan2 sy di Facebook. Masa tu sy rasa sgt payah. Kerana saya syg kan mereka semua. Tapi dia kata, sy kena buat macam tu. Baru mereka akan tau dan sedar, Dia kata lagi sy akan merasa betapa puasnya bila satu hari nanti orang2 itu akan mencari saya semula.... benar! Tak de satu pun yang tak betul dr kata2nya itu. Saya buat apa yg dia suruh. Saya tenang dan tidak fikir2 lagi... Dan, kepuasan itu saya perolehi petang semalam. Bila saya dapat 1 panggilan. Saya menang!

Jadi kamu2 semua.... Biarlah kalaupun kita kena mengalah pada awalnya...kerana pada akhirannya, yang benar akan tetap menang... Dan kepuasan dari kemenangan itu sangat2 manis rasanya... :)

Saya juga nak ingatkan, bila kamu punya masalah, berkongsilah dengan orang yang betul. Kerana bila yang menasihati itu melorongkan kamu ke jalan yang betul, kamu tak akan binasa. InsyaAllah...

Sekian dulu kali ni... mekasih sebab sudi baca entri pjg berjela ni...

PS: Tuan penasihat sy memang best... Dia selalu pesan “Fikirlah cara musuh berfikir”... Terima kasih pakcik!


Untill our next meeting, Spread Your Love Sayangsss!xoxo...

- Posted using BlogPress from my iPhone

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...