Powered by Blogger.
RSS

Lelaki Panas Baran


-gambar sumber google

Kaum hawa manakah yg suka lelaki panas baran? Saya 98% pasti tak ada bukan?! Dan lelaki pula berapa ramaikah dikalangan kamu2 yang tergolong dalam lelaki yang panas baran?

Lelaki yang tegas dan marah pada tempatnya memang macho... Kat mata saya la... Kamu2 saya tak pasti.... Sebab ade sesetengah orang memandang lelaki yang lembut tutur kata, sopan dan manis mulut itu yang macho. Terpulang...saya tak punya hak nak kata siapa yang betul dan siapa pula yang salah. Itukan pandangan individu.


Sekarang ini topiknya adalah mengenai lelaki panas baran. Hurm... bercakap tentang lelaki sebegini, saya nak ambil kesempatan ini beritahu pada lelaki2 yang dalam golongan itu, kawal lah emosi kamu. Mungkin, bila dengan bersikap begitu kamu merasakan kamu mendapatkan apa yang kamu mahu (walaupun ianya tidak secara professional) tapi ianya kelihatan sangat tidak baik dan menjengkelkan. Tak perlu berlagak hero dengan marah2 dan mengamuk pada orang lain. Kerana dengan sebab itu kamu tak akan Nampak kebenaran. Perasaan marah itu akan menutup mata kamu dari melihat apa yang betul cuba ditunjukkan.

Ok, mari kita bayangkan.... Kalau orang yang panas baran bertemu dengan orang yang "ok2 ko menang" it will be ok and no problem. Kan...Tapi cuba bayangkan si panas baran A jumpa si panas baran B. Fuhh... mau perang dunia jadinya. Lagi2 lelaki ni tak cukup dengan tinggi suara, silap haribulan penumbuk pun singgah. Ngeri sungguh! Tolonglah....kawal perasaan.

Sebenarnya, saya baru melihat situasi ni awal minggu ini. Takutnya la haiii... Eh, sejak bila saya jadi penakut?! Haha...ok silap..... Tapi jelas. Ianya sangat tak seronok dilihat dan tak sedap didengar.

Jadi lelaki yang panas baran...renung2 kan lah... Kalau2 ada perempuan yang panas baran sampai tahap macam tu pun, fikir2 kan la....

Love Sayangsss!xoxo...


- Posted using BlogPress from my iPhone

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Qilah Khunnie said...

saya x suka laki2 yg panas baran ! x macho laa katakan .. hehe~

Me.... Nadia said...

Hurm mmg mcm mustahil klu ade perempuan yg suka lelaki panas baran kan.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...