Powered by Blogger.
RSS

Hati Menangis Tak Siapa Tahu....

Ermm... saya gelak, saya senyum dan saya ketawa....
tapi dalam hati saya kamu tahu apa yang ada?
Mungkin sekali luka dan berdarah...
atau barangkali bernanah... tapi harap2 ia tak membusuk....
(eiii hati busuk punya org sgt tidak elok)

Kadang2 saya hairan sangat dengan diri saya ni....
Selalu berpura2 menjadi kuat, walaupun rasa sakit sampai nak
rebah....
Kadang2 tu rasa macam nak sangat menjerit lepaskan tension...
Rasa macam, kenapa mesti jadi macam tu? kenapa tak jadi macam
ni... Tapi cepat2 sedar yang itu semua ketentuan DIA yg-1...
Pemilik segala alam ini.... Cepat2 istighfar...Sungguh betul kita
manusia ni selalu lupa... lupa nak bersyukur, lupa nak berterima
kasih....

Hari ni saya nak membebel panjang...jadi untuk kamu2 yang rasa tak
larat nak baca atau malas nak baca atau mungkin juga menyampah dan
meluat nak baca entri emosi terganggu seperti ini, tak mengapa...
tinggalkan saja entri ini dan teruskan membaca entri yang
lain...saya tak akan marah, kecik hati sikit je... :p

Pernah tak satu detik tu kamu merasakan yakin yang kamu dah
berjumpa dengan orang yang sesuai untuk kamu? merasakan yang oh,
lampu hijau kat atas kepala dia dah menyala yang membawa isyarat
dia orang yang betul? atau mungkin bagi sesetengah orang intuisi
hati dup dap dup dap.. kata this is the right person for me?
Walaupun rasa macam betul ke? betul ke? tapi kamu tetap teruskan
hubungan sampai satu ketika... kamu merasakan, eh betul ke? tapi
kenapa rasa macam tak....

Haa...waktu tu kamu menjadi bingung or mungkin jadi macam pening2
lalat... Kamu tertanya sendiri pada hati.... bila ketuk2 tanya
hati kata... "eh, betul la.... kan aku sayang dia... tengok saja
cara dia, tak cukup lagi ke untuk kepastian?" so, kamu mula jadi
tenang dan mula tolak tepi rasa berbelah bahagi tu....

Tuptup... si 'the right person' dah tak macam si the right person
lagi...lampu hijau yg mulanya nampak menyala, dah malap je cahaya
nya... haaaa.... time tu mula la gelabah kan... diri dah rasa
macam dicampak ke tepi... mula lah hati yang asalnya berbunga-
bunga jadi retak macam kaca......

Tapi, untuk orang-orang sekeliling yang tak faham, yang tak
mengerti dan tak tau situasi kita paksa kan diri mengukir
senyum...biar orang tak nampak dan tak tahu apa yang kita rasa....
iiye la, tak akan nak membebankan orang lain dengan masalah kita
kan...kalau nak menangis, bairlah menangis sendiri kan....

Hurmmm.... itu je la yang dapat saya rumuskan tentang hal ni....
eh,tak lah. Tak ada kena mengena dengan saya pun.... Umum je ni...
:) Sekali sekala bincang soal hati dalam entri macam seronok jugak
kan....

So untuk itu setakat ni dulu....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...