Powered by Blogger.
RSS

Saya, Aaron Aziz & Badai Semalam





Ha? saya skandal dgn Aaron Aziz? Eh, jangan buat gosip ye semua..... Kak Diana Halik tu berganda2 cun dari saya yang cun sikit je ni... Haha.... Tak kan la abg Aaron ni nak kat saya ni.... :p

Sebenarnya, semalam saya gi tengok teater. Ala, Badai Semalam yang menjadi buah mulut orang tu.... Yang khabarnya jualan tiket melebihi Natrah. Semalam 20112011 adalah hari terakhir tayangan. Secara ringkasnya, pada pendapat saya cerita itu biasa saja. Jalan ceritanya agak perlahan. Mungkin kerana ia adaptasi dari sebuah novel sastera. Apapun, lakonan pemegang watak-watak semuanya hebat-hebat belaka. Erra Fazira (sebagai Mazni) membawakan watak itu sehingga mampu menyentuh perasaan, Aaron Aziz hidup sebagai Karim sehingga rasa benci dan meluat jatuh simpati, Fizz Fairuz pun tak kalah juga sebagai Zaki yang memendam rasa, tapi sgt ikhlas dan telus mencintai Mazni, watak Cik Rohana yang sombong tapi sebenarnya baik hati sangat hidup di tangan Umie Aida. Pelakon lain seperti Emelda Rosmila, Ziela Jalil, Jasmin Hamid dan lain2 juga sangat berperanan. Senang cerita, semuanya lancar kerana semangat berpasukan. Jelas kan, 'team work' adalah jalan terbaik dalam melakukan kerja2 besar.



Okay lah malas nak merapu, banyak2...Jadi kat sini saya sertakan 2,3 keping gambar untuk dikongsi dengan kamu-kamu semua, buah hati saya... :)





Layan...



















Sekalung TAHNIAH untuk team



BADAI SEMALAM!







Untill our next meeting, Spread Your Love Sayangsss!

xoxo...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...