Powered by Blogger.
RSS

Kisah Di Sebalik Hari Asyura

Bulan Muharram ialah salah sebuah bulan yang dimuliakan oleh masyarakat Arab zaman dahulu. Nama "Muharram" itu bermaksud "Yang Diharamkan". Dipercayai nama ini berkaitan dengan pengharaman berperang pada bulan ini.



Dalam bulan Muharram ini ada satu hari yang dimuliakan juga iaitu Hari 'Asyura. Perkataan "'Asyura" berasal daripada perkataan Arab "'asyarah" yang bermaksud "sepuluh", bersempena tarikhnya yang jatuh pada 10 Muharram itu.






KISAH-KISAH DI SEBALIK HARI 'ASYURA



Kisah-kisah yang berkisar dalam masyarakat mengaitkan tanggal 10 Muharram ini dengan:



1. Hari pertama Allah menciptakan alam.

2. Hari pertama Allah menurunkan rahmat.

3. Hari pertama Allah menurunkan hujan.

4. Hari Allah menjadikan 'Arasy.

5. Allah menjadikan Loh Mahfuz.

6. Allah menjadikan malaikat Jibrail.

7. Allah menciptakan Nabi Adam.

8. Allah mengampunkan kesalahan Nabi Adam.

9, Nabi Idris diangkat ke langit.

10. Allah melabuhkan bahtera Nabi Nuh di Bukit Judi (ada sandarannya - hadis riwayat Imam Bukhari).

11. Nabi Ibrahim dilahirkan.

12. Nabi Ibrahim diselamatkan daripada api.

13. Nabi Yusuf dibebaskan daripada penjara.

14. Nabi Yaaqub pulih daripada buta.

15. Penyakit Nabi Ayyub disembuhkan.

16. Nabi Musa diselamatkan daripada Firaun di Laut Merah.

17. Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Musa.

18. Nabi Yunus dikeluarkan daripada ikan.

19. Allah 'mengangkat' Nabi Isa.

20. Saiyidina Hussin syahid di medan Karbala (disahkan oleh para sejarahwan).


(*Kaitan kisah-kisah di atas dengan Hari 'Asyura hendaklah dicari sandarannya)


ASAL-USUL SAMBUTAN HARI 'ASYURA DALAM ISLAM


Abdullah bin 'Umar berkata:

"Sesungguhnya orang-orang jahilliyyah biasa melakukan puasa pada hari 'Asyura. Rasulullah saw pun melakukan puasa itu sebelum diwajibkannya puasa Ramadhan, begitu juga kaum Muslimin ketika itu. "


"Tatkala Ramadhan diwajibkan, Rasulullah saw mengatakan : Sesungguhnya Hari 'Asyura ialah hari antara hari-hari Allah. Barangsiapa yang ingin berpuasa, silakan berpuasa. Barangsiapa meninggalkannya juga silakan."

(Muslim)


Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama2-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)



Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.; "Barang siapa yg berpuasa pada hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun & siapa yg bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." (HR Albazzar)



Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah. Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yg lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura. Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu".(Sahih Muslim)



Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya org Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura & Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura & menyuruh orang lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)



Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)



Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." (HR Al Baihaqi )


Bersabda Rasulullah SAW: Sesiapa yg berpuasa sehari dalam bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari berpuasa."


Bersabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yg berpuasa pada 10 Muharram maka ALLAH anugerahkan pahala 10 ribu ibadah para Malaikat, dan dikurniakan pahala 10 ribu syuhada' (mati syahid), dan dikurniakan pahala 10 ribu pahala Haji dan Umrah"


Bersabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yg melapangkan kesempitan keluarganya pada 10 Muharram maka ALLAH melapangkan kesempitannya sepanjang tahun tersebut."


Bersabda Rasulullah SAW "Seafdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram"

Maksudnya Hari 'Asyura memang sudah sedia dimuliakan oleh masyarakat Arab Jahiliyyah dan mereka berpuasa pada hari itu. Rasulullah dan para sahabat pun biasa melakukannya. Apabila puasa Ramadhan disyariatkan, puasa pada Hari 'Asyura tetap diteruskan sekalipun tidak diwajibkan.







BILA HENDAK MELAKUKAN PUASA SUNAT 'ASYURA?



Ketika Rasulullah saw berpuasa pada Hari Asyura dan memerintahkan agar para sahabat turut berpuasa, mereka bertanya: "Wahai Rasulullah, bukankah ia adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasrani?"



Lalu baginda bersabda: "Tahun akan datang, dengan kehendak Allah, kita (akan) berpuasa pada hari kesembilan (sehari sebelum Asyura)."



Berkata Ibnu Abbas : "Belum sempat tiba tahun hadapan, Rasulullah saw telah diwafatkan."

(Muslim)


"Jika aku masih hidup pada tahun depan, sungguh aku akan melaksanakan puasa pada hari ke-9."

(Muslim, Ibnu Majah, Ahmad, Thabrani dan lain-lain)


"Berpuasalah pada Hari 'Asyura, tapi lakukan berlainan dengan kaum Yahudi, iaitu dengan berpuasa pada hari sebelumnya atau pun hari selepasnya."

(Ahmad & Ibnu Khuzaimah)


Ibnu Abbas berkata:

"Selisihilah (berbezalah dengan) Yahudi, berpuasalah pada tanggal 9 dan 10."

(Baihaqi)


Para ulama memberikan pelbagai pandangan dalam hal ini. Kita ringkaskan di sini, puasa 'Asyura boleh dilakukan:


- pada 9,10 dan 11 haribulan (tiga hari)

- pada 9 dan 10 haribulan (dua hari)

- pada 10 dan 11 haribulan (dua hari)

- pada 10 haribulan sahaja (sehari)




ASAL-USUL BUBUR 'ASYURA MASYARAKAT MELAYU


Disebutkan dalam kitab:

1. Nihayatuz Zain (Syeikh Nawawi Banten ms 96)

2. Nuzhatul Majalis (Syeikh Abdul Rahman Al-Usfuri ms 172)

3. Jam'ul Fawaid ( Syeikh Daud al-Fatani ms 132)


... bahawa ketika bahtera Nabi Nuh berlabuh di Bukit Judi, baginda menyuruh kaumnya mengumpullkan barang makanan yang ada. Antara bahan yang dapat dikumpulkan ialah kacang baqila'/ kacang ful, kacang adas, ba'ruz , tepung , kacang hinthoh dan lain-lain. Semuanya ada tujuh jenis bijian lalu dimasak.


Dalam syair Imam Ibnu Hajar al-Asqalani pula dinyatakan:


"Pada Hari 'Asyura ada 7 yang dimakan iaitu gandum (tepung), beras, kemudian kacang mash (kacang kuda), dan kacang adas (kacang dal). Dan kacang himmash (kacang putih), dan kacang lubia (sejenis kacang panjang) dan kacang ful."


Sandaran sebegini tentunya tidak kukuh, namun tidaklah jadi kesalahan kepada sesiapa yang ingin memasak, menjamu atau memakan bubur yang dinamakan bubur 'Asyura itu. Biasanya bubur ini disediakan secara beramai-ramai. Antara manfaat yang diperolehi ialah pahala bersilaturrahim, pahala bergotong-royong, pahala memberi orang makan memberi gambaran perpaduan umat Islam kepada orang bukan Islam, dan sebagainya.


WaAllahua'lam

Sumber: Facebook I Love Allah SWT and Prophet Muhammad SAW

Untill our next meeting, Spread Your Love Sayangsss!
xoxo...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...