Powered by Blogger.
RSS

OMBAK RINDU II






"Rinduku Umpama Ombak Yang Tak Berhenti,
Kasihmu bagai pantai yang setia menanti"
~Fauziah Ashaari, Novel Ombak Rindu~







Dah berkesempatan menonton Ombak Rindu?



Saya sudah.... Dan hampir sepanjang cerita itu saya menitiskan air mata. Walau asalnya saat mengetahui novel karya Fauziah Ashaari ni akan diadaptasikan menjadi cereka di layar perak... (amboi, ayat berombak2 jugak ni... :p) saya agak tidak berkenan dengan pemilihan Maya Karin menjadi Izzah.... Eh, jangan salah paham... Bukan saya tak suka Maya Karin. Tapi serasanya macam tak berapa sesuai Izzah gadis kampung yang polos dilakonkan oleh Maya. Tapi nyata, sangkaan saya itu meleset. Maya berjaya membuatkan saya lupa bahawa dialah pemain watak Natrah yang saya banggakan! :) tahniah.....





Dan untuk abang kacak Aaron Aziz, saya memang setuju sangat dia yang menjadi Hariz... Kerana sekali lagi dia berjaya membuat saya jatuh 'cinta' dengan Hariz. Hariz di novel mahupun di filem. Aaron Aziz saya sayang jer.... :) Tapi Hariz, saya feeling abes ni...aiyok!





Lisa Surihani juga hebat. dia berjaya menjadi Mila yang sombong tapi masih lagi dalam masa yang sama membuatkan saya jatuh simpati. Barangkali kamu2 yang lain, yang juga berkesempatan menonton. Mila itu mangsa keadaan sebenarnya. Tapi bak kata Izzah "Cinta itu tak kejam, cuma manusia tak pandai menghargai cinta"...so maknanya tak salah la kalau sy jatuh cinta pada Hariz.... *ok2 tau, dah 3 kali ulang kan...*


Watak2 sampingan lain macam Bront Palarae, Zaidi Omar, Normah Damanhuri dan lain2 jugak la... sesuai dengan watak2... menjadikan cerita itu berjaya.


Tahniah Osman Ali! Siapa Osman Ali? dia lah pengarah yang bertanggungjawab menjadikan naskhah ombak rindu sebegitu indah. Dimana samanya Osman Ali dan Fauziah Ashaari? Kedua2 mereka menghasilkan karya yang berjaya membuatkan saya menitiskan air mata.... :'(


Jadi, untuk siapa2 yang tak baca lagi novel Ombak Rindu, cuba dapatkan....





Rasanya, ada jugak cover buku sama dengan poster filem....


Untuk itu sampai di sini dulu....




"And i will make sure that one fine day you will deadly in love with me...."


-Mila Emilia, Ombak Rindu

Untill our next meeting,


Spread Your Love Sayangsss!

xoxo...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...