Powered by Blogger.
RSS

Wajah



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nikah

A : Awak nak nikah x ? B : Insyaallah nak lah, Kan sunnah Rasulullah A : Dah ada calon? B : Alhmdulillah dah, kan dah ditulis oleh ALLAH A : Siapa dia? B : Insyaallah dia adalah lelaki/perempuan pilihan ALLAH A : Kenapa nak nikah dgn dia ? B : Insyaallah memilih dia kerana ALLAH A : Bagaimana nanti nak jumpa ? B : Yakin lah, ALLAH punya cara yg tak pernah kita duga, Percaya je dgn ALLAH A : Laa, bila nak nikahnya ? B : Hmm, ALLAH maha tahu bila waktu yg tepat dan terbaik A : Jadi kat mana jumpanya ? B : Tenang, masih di bumi ALLAH, kalau tak di dunia, Insyaallah di syurga ALLAH A : Jadi ? B : Serahkn pada ALLAH, niatkan untuk menggapai redha-Nya je, insyaAllah beres :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buah Hati Pengarang Jantung Saya!

Ensem kan?! :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jodoh

"apabila semakin dikejar, semakin dia berlalu pergi.. apabila kita hanya menanti.. usahkan hadir, bayangnya juga belum pasti.. kadangkala antara jodoh dan nafsu, kita sering terkeliru.. adakah dia jodoh yang ditunggu, ataupun dia sekadar menyapa sambil berlalu.. kadangkala hadirnya tidak disangka, rupa²nya dia lah jodoh untuk kita..

resam jodoh, manisnya dapat mendamaikan hati.. pahitnya dapat menghancurkan diri.. misterinya dia hanya ALLAH sahaja yang MAHA MENGETAHUI.. apabila dia sudah menyapa dan bertakhta di hati, jodohkah namanya?"

Copypaste from seseorang...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LILLAH

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LOVE

Lets us just spread the Love? Shall we?!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Makanlah MAK!

A very nice story to be shared... Semoga kamu2 dan juga saya mndpt 'sesuatu' dr kisah ini.. InsyaAllah


"Malam itu saya lihat ibu membuka penutup tin yang diletakkan di penjuru rumah.Ibu menggocang-goncang dan meraup butiran beras di dalam tin itu.Hanya ada dua tin susu sahaja yang masih berbaki.Beras sudah hampir habis rupanya....Pada siapa ibu hendak mengadu?Ayah?Saya tahu,ibu tidak mahu memikirkan perkara itu.

"Ibu mengerling ke arah kami yang masih belum makan.Saya lihat ibu ambil sedikit beras dari dalam tin susu itu,kemudian masukkanya ke dalam periuk.Air dituangkan sehingga penuh.Setelah hampir setengah jam,ibu masukkan ke dalam sepuluh buah pinggan yang sudah tersedia.

"Bubur nasi itu berasap.Seorang demi seorang anaknya dipanggil sehingga adik kami yang paling bongsu.Makanlah kami sepuluh beradik ini sehingga pinggan lincin bersih.Malam itu kami tidur dengan nyenyaknya.

"Pagi,kami bangun untuk bersarapan dan saya perhatikan,ibu menyalakan api untuk memasak.Ibu mengambil baki beras di dalam tin susu.Sekali lagi ibu membuat bubur yang cair.

"Seperti semalam juga,kami menghirup bubur sehingga habis.Bubur itu walaupun cair,saya rasakan begitu enak sekali.Kami mengadu tidak cukup tetapi saya lihat ibu menyibukkan dirinya membasuh pinggan dan periuk.Ibu seperti tidak mahu melayan permintaan kami.

"Tengah hari itu pun bergitu.Bubur nasi yang cair untuk kami sepuluh beradik.Setiap kali waktu makan,saya perhatikan ibu pasti menadah tangan bersyukur anak-anaknya tidak kebuluran.Mungkin ibu bersyukur hari ini kami dapat menyambung nyawa untuk sehari dua.Mungkin juga ibu bersyukur kerana,walaupun hidup miskin dan susah,tetapi kami tidak meminta-minta.Kemudian, saya lihat ibu berpaling ke belakang .

"Masuk hari ketiga,kakak yang sulung memandang ke arah ibu yang sedang duduk membelakang kami adik-beradik.Saya tidak menyangka,seperti saya,kakak juga perasan ibu akan membelakangkan kami semasa menikmati bubur cairnya.Yang kedengaran hanya bunyi sudu bersentuhan dengan mangkuk.

"Saya tidak tahu kenapa.Adakah ibu mahu makan sendirian dan tidak mahu diganggu?Atau,tidak sampai hati untuk menetap wajah kami yang sedang kelaparan?

"Pelahan-lahan kakak mengengsotkan badanya mendekati ibu.Alangkah sedihnya kakak apabila melihat rupa-rupanya ibu hanya melaga-lagakan sudu di dalam mangkuknya yang sebenarnya kosong.Tiada sebutir bubur nasi pun di dalam mangkuk ibunya!

"Kakak segera berbisik kepada kami yang duduk di sekelilingnya.Adik-adik yang lain turut berbisik cerita yang sama sehingga kepada yang bongsu.Kemudian kami seramai sepuluh beradik sepakat menghadiahkan sesudu bubur nasi untuk ibu.

"Kami sedih.Kami tahu ibu sedang kelaparan,tetapi ibu tidak mahu memberitahu kami.Ibu berkorban untuk kami,ibu sengaja melaga-lagakan sudunya dengan mangkuk bagi membohongi kami seolah-olah ibu juga sedang menikmati bubur nasi yang dimasaknya.

"Setelah semua menghadiahkan sesudu bubur,saya lihat kakak mengengsot mendekati ibu.Kemudian kakak menghulurkan semangkuk bubur cair yang kami kongsi bersama tadi.

‘Makanlah mak!"kata kakak,perlahan.

"Ibu berpaling memandang kakak.Tanpa menyentuh mangkuk yang dihulurkan,ibu bingkas bangun,kemudian terus berlari ke bilik dan menutup pintu.Kami hanya mampu melihat titisan-titisan air mata ibu berciciran di lantai di sebalik pintu bilik..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

No Title


Kita pernah “DILUKAI”
dan mungkin pernah “MELUKAI”
tapi karena itu kita BELAJAR
tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan.

Kita pernah “DIBOHONGI”
dan mungkin pernah “MEMBOHONGI”
tapi dari itu kita belajar bagaimana sakitnya rasa dibohongi
dan tentang KEJUJURAN.

Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar arti diri MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF.

Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini, tidak akan terulang kembali. Namun ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan, yaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik.

Hidup adalah proses
Hidup adalah belajar
Tanpa ada batas umur
Tanpa ada kata tua.

JATUH, berdiri lagi
KALAH, mencoba lagi
GAGAL, bangkit lagi
Sampai Allah memanggil:
“Waktunya PULANG”.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SOmeonE SpECial

I know a man who lost his parents but refused to be called an orphan. He was man enough to love a strong woman years older than him, worked for her and made her stronger, opened his heart to her, shared his fears to no one but her.

He was romantic and was faithful to her till her last breath. Cleaned after himself and sewed his own clothes. He was good looking, courageous and fearless. He never judged anyone on their pasts or looks, and was moderate, open minded and tolerant.
His neighbor was Jewish and his cousin-in-law was a Christian priest. Beaten and exiled when he was helpless, he was merciful when he became stronger. Intelligent, wise and a hard worker, he built a long lasting nation out of nothing in the last 20 years of his life. He had no parents, but loved his daughters and grandchildren.

His last will was “Be good to women”.

This man was a mercy for all mankind, this is my Prophet Muhammad sallallaahu alayhi wa sallam (may God’s peace and blessings be upon him)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Diam


"bila tiada yang baik untuk diucapkan.
maka diamlah.
itu lebih baik dari bicara yang sia-sia.

sama seperti berbicara,
bila tiada yang bermanfaat dan berfaedah untuk ditulis dan dikongsikan,
maka diamkanlah jemarimu.
sepi dari catatan.
itu lebih baik daripada menulis perkara yang sia-sia."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Induksi


Hilang seminggu kerana saya menghadiri Kursus Induksi di Tebing Tinggi, Segamat Johor. Akan update entri berikut bersama gambar2 nanti.


Untill our next meeting, Spread Your Love Sayangsss!
xoxo...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berat Hati

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kadang-Kadang...

Kadang-kadang kita tidak pernah sedar..
Kita tidak pernah tahu bahawa ada orang yang sentiasa ambil tahu pasal kita…

~ dia intai kita dalam senyap.
~ dia bukak wall fb kita setiap hari untuk tengok post terbaru walaupun kita bukan jenis yang rajin post.
… … … … ~ dia tengok semua gambar kita dalam album
~ dia tengok semua tanpa tinggalkan sebarang kesan dan jejak.
~ dia baca setiap post dalam fb kita hanya sekadar membaca tanpa sebarang reaksi.
~ dia dengar setiap masalah kita walaupun masalah itu tentang kita dan kekasih kita.
~ dia siap cadangkan lagi jalan penyelesaian yang membina,walaupun kadang-kadang hatinya terluka.
~ dia ambik berat dan ambil tahu tentang kita.

sampai suatu hari dia tidak ada bersama kita
dia menyepi seketika dan kita merasa ketiadaannya kita sunyi tanpa dia
kita rasa ada yang kurang dalam hidup tanpa gelak ketawa bersamanya
itulah sebenarnya yang bernama CINTA
kadangkala sukar membezakan antara sayang dan cinta
~antara KASIH dan SAHABAT
~antara KEMAHUAN dan KEPERLUAN
kerana kita tidak pernah sedar apa yang melintas di ruang masa…

Untill our next meeting, Spread Your Love Sayangsss!
xoxo...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Belajar..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DIA Selalu Ada...

Rasa “sakit” saat merasa tidak punya siapa, JUJUR..sangat PERIT ditelan, sangat SUKAR dilalui bahkan sangat MENYEDIHKAN bila diingat..tiada TELINGA untuk MENDENGAR, tiada BAHU untuk BERSANDAR..tiada siapa untuk meluahkan rasa dan tiada apa yang terluah..✿~ Namun saat itulah hati MEMUJUK : >>> Wahai diri, Allahkan ada..dan Allah itu sudah LEBIH dari CUKUP untukmu...Allah tidak mengutuskan kamu sesiapa kerana DIA cuma mahu kamu BERKONGSI peritmu hanya padaNYA..ya Allah, hilangkanlah rasa GUNDAH di hatiku ini..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bersawang

Ye tau.. Rumah sy ni dah penuh sawang, nak buat cane... Sibuk melampau... Byk yg draft.. Terus 'hang' je... X sempat nk touch up... Apepun, harap2 kamu semua tak lupa kan sy, dan selalu2 lah dtg jenguk saya yek...

So, sy mntk diri dulu... Nnt sy update lg... InsyaAllah... :)

Untill our next meeting, Spread Your Love Sayangsss!
xoxo...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saya Dan Mereka

Saya ni selalu ingat, yang hidup saya sangat complicated... saya selalu rasa saya suka risaukan macam-macam perkara... Kadang-kadang saya tak sedar yang hidup saya ni tak lah sesulit mana diuji... Manusia kan... Selalu merasakan terbeban dengan ujian Tuhan....

Tapi, kita akan tersedar dari mengeluh dan merungut bila kita tau orang lain punya masalah yang lebih complicated dari kita... Betul la, setiap orang akan ada masalah masing-masing... tak boleh nak terus-terus lari, dan akhirnya kena jugak hadapi.... kalau boleh hadapi dengan senyuman, maka hadapilah dengan senyuman...

Kebelakangan ni, saya banyak disogokkan dengan cerita-cerita hidup kawan-kawan saya.... Mereka punya masalah sendiri, malah ada yang lebih mengusutkan dari masalah saya...
Wlupun dihimpit masalah masing2... Tapi kami masih mampu senyum demi menyembunyikan masalah kami... Lalu saya terima pengajaran yng sgt berguna... Jangan mengeluh dan merungut dengan masalah... Tapi tenang, dan selesaikan satu persatu... Kalau pun masalah itu pada kita x ada jalan penyelesaian.. Kongsi lah dengan seseorang yang memahami... Kerana paling tidak, ia dpt meringankan tekanan...

Untuk orang yg mendengar masalah orang lain, cuba lah untuk jadi lebih memahami. Jangan kita lemahkan semangat mereka dengan kata2 yang menyakitkan mahupun menjatuhkan. Jangan menyangkal tindakan seseorang bila kita sndri tk tau masalah sebenar... Yang penting
Jgn terlalu cepat 'Judge' orang...

"Seorang Sahabat Yang Baik, adalah seorang pendengar yang baik..."

Untill our next meeting, Spread Your Love Sayangsss!
xoxo...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Usaha

Saya usaha apa? Hurm, sedang berusaha menjalani kehidupan yg sihat.. :) sihat mcm mana?

Saya mulakan dengan mengawal pemakanan sy.. My passion to food msh lagi sama, cuma sy kawal.. Huhu

Lepas tu saya elakkan diri dari merasa stress. Kerja dan study dlm masa yg sama membuatkan sy x boleh lari dari perasaan itu. Tapi saya kawal la.. Kiranya skrg ni idup macam pengawal. Haha..

Ok step terakhir ialah mengelakkan diri saya dari terlampau byk berfikir. Sbb bila byk berpikir sgt sy mula mkn byk dan stress...

Usaha sy ni baru jek bermula... Harap2 kalian doakan saya berjaya dlm usaha sy ni.. Semoga Allah mempermudahkan segalanya... Ameen...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KERING

Apa yang kering? Idea nak menulis entri dan jugak tenaga yang nak digunakan. Atau malas yang menjadikan alasan kekeringan idea ini? Entah. Yang pasti saya sendiri tak tau apa yang nak dikongsi dengan kamu2 kebelakangan ini. Sebabnya tak ada yang menarik berlaku. Pusing2 rutin yang sama. Sibuk kerja, belajar, meeting, assignment, bengang ngan sifu, letey ngan bos yg smuanya nak cepat, makan, tido, layan Omel n Oyen, tgok tv, online dan perkara2 yg sewaktu dengannya. Ye2 saya tau... Memang x best. Tapi itu la reality idup sy. Tp ape pun sy bersyukur sbb still diberikan umur dan kesihatan yg baik oleh NYA utk menjalani ari2 saya.

Skrg tgh layan movie kat RTM 2, Man On Fire. Citer ni mmg terbaik. Tak ingat ni kali ke brapa sy tgok. Tp sy suka. So, kamu2 leh la google carik tau psl cite ni. Sbb sy sgt malas nak wat review la sinopsis la ape2 je la.

Sekian dulu utk kali ni...

Ps: cari la lagu Una Palabra ( Ost movie ni) confirm jatuh chenta.. :)

Untill our next meeting, Spread Your Love Sayangsss!
xoxo...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 April

April tahun ni hanya ada 2 orang penting dlm idup sy utk diraikan.. 1 April x memberi apa2 keistimewaan lg... Skadar memori yg ada seseorg yg punya tmpt istimewa dlm hati tlh dilahirkn pd tarikh ini... Sy rindu dia dan sy syg dia.. Dia yg tak akan kembali lg... Al Fatihah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jauh

Kita jauh, dan semakin jauh...

-Berhenti Berharap-

Untill our next meeting, Spread Your Love Sayangsss!
xoxo...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Current Addiction

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hidup Kita Dan Kata Orang

"Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI
Bila jadi baik, ORANG MELUAT
Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?"
Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN
Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR
Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'
Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free
Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"
Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"
Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata. Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT. dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati.

RENUNG2KAN..=)

Untill our next meeting, Spread Your Love Sayangsss!
xoxo...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sambung

Apa yang sambung? Ala, kan entri sebelum ni saya kata ati tiba2 panas.Ni nak sambung citer, kenapa dan mengapa ianya terjadi la....
Keje memang banyak.... tapi nak jugak2 post entri ni...gila keje tak banyak, smpai bawak balik umah keje tu, maknanya memang tersangattt la bannyakkk kannn...(ok ni iklan ala2 pekerja berdedikasi)

Ok, jom flashback........ hari yang sama ketika saya mendraft entri sebelum ini(draft je....publish kat umah) dah nak time balik dah... ntah apa yang tak kena ngan sifu saya tu...angin kus2 ape tah...period? (iye la gamaknya...kalau lelaki memang bole period...huuu) tetiba dia hangin semacam.... file-file atas meja dia hempas2 tanda protes... menyampah betul saya! macam la keje dia sorang yang banyak. Macam la orang lain ni bersenang lenang goyang kaki takde kerja..... Eiiiii geram tahap Triple dah saya ni! Ikut ati saya lempang je (cewah...macam berani sangat. haha) kecik ati saya tau.... saya ckp elok2, die tunjuk protes macam tu.... kalau ade personal matter a.k.a bergadoh ngan awek die skalipun, jangan la macam tu.... (saya frust menonggeng, tertonggeng pun tak pernah bwk ke opis) Maka haritu status fb saya agak tepat ditujukan pada sifu (berani sebab tak friend ngan die...haha) kerana itulah entri saya agak tergantuntg sebelum ni...panas ati sebabkan hal ni la....

Tp esoknya tu, saya buat2 bodo je(bukan bodoh betul eh) langsung tak bertegur sapa ngan sifu....fikir die punya protes je... now, saya protes....haha....balas dendam la kiranya.... tp seharian tu mood dia macam ok plak.... dia tnya sepatah, sy jwb pon sepatah.... kalau sy sure sy sentap, kalau tak sentap pun, bengang... tp sifu saya tu memang stone kalah batu(ha?) abaikan.... dia selamba je buat macam takde apa2...terus je bercakap ngan saya....smpai akhirnya sy ni jd xsampai ati and sy layan die jugak la pertanyaan die ngan jwpn yg agak lebih panjang.Makanya.... bendera putih pon berkibar la...tanda damai telah dicapai...ahaks! ala, keje....lama mana nk sentap pon... nanti2 nak mintak tolong jugak kan....tapi adalah sebaiknya kalau kita boleh bekerja tanpa masalah dengan kengkawan sepejabat supaya mutu keje kite pon tip top! tak gitu?!

So...

Untill our next meeting,
Spread Your Love Sayangsss!
xoxo...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bakal Suami Yang Kaya-Raya



Assalammualaikum....

Macam rasa lama je tak update blog bila tak sempat nak post entri hari2... :)Tapi yang penting saya usaha untuk post jugak apa2 entri untuk setiap bulan...At least ada daripada tak ada....

Okay, arini nak citer panjang sikit.... Eh, keje banyak.... sapa kata takde keje....Tapi menulis luahan hati boleh mengurangkan stress bekerja...Tak percaya? Cuba try... (ok, memang la kalau dah cuba apa lagi nak try...serupa je pon..).
Saya tak pasti untuk kamu2, tapi untuk saya ia memang berkesan...Ha, nak korek rahsia kenapa saya stress la tu kan.... Tak payah korek, meh saya citer....
Kerja saya tersangaaaattttt la banyakkkkkkkkkk nyer.... Kalaulah ada orang yang boleh tolong saya, kalau bukan orang doraemon




pun bole jugak (untong la si Nobita tu-Jeles!) ;p









Bila saya cite pasal keje saya yang banyak, adik saya si Mon kata "Awak nak gaji banyak, pangkat tggi, keje kena la banyak"...Pandai pulak si Mon saya tu bercakap membahasa kan saya.... tapi betul la....Harga yang perlu dibayar adalah satu pengorbanan yang sangat besar!Tapi saya bukan mahu mengeluh...tidak sesekali...Mengeluh bukan boleh tolong siapkan kerja saya....Cuma, harapan saya skrg ni nak cari bakal suami yang kaya-raya supaya saya boleh dok umah goyang kaki saja...(oh, kenyataan ini tipu)



Dulu, hari ini hingga saat ini... saya hanya mengharapkan seorang Manusia Biasa (psst...rasa macam dah jumpa, tapi tak tau betul ke tak) *blushing ni nak buat pengakuan*



Ok stop sini jap...Tiba2 panas hati ni.... nanti citer lagi...Kenapa panas hati?! Tunggu entri saya seterusnya....

Untill our next meeting,

Spread Your Love Sayangsss!

xoxo...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DOA

"Ya Allah.. Peluklah hati ini di saat aku mulai merasa gelisah,dalam penantian penuh kesabaran ini, kadang-kadang hatiku merasa rindu pada dia insan yang ku cintai dalam diamku… Ya Rabb.. Biarlah kusimpul dalam setiap doa-doa dalam Istikharahku kepada-MU perasaan ini, agar kelak Engkau satukan hatinya dan hatiku yang untuk bertaut dan bersemi indah kerana Redha-MU Ya ALLAH…. Ya Rabb… Tuntunlah Hati hambamu ini agar aku hanya mahu menerima CINTA seorang Insan yang benar-benar pilihan-MU bukan semata-mata pilihan nafsuku"

Doa yang indah untuk dikongsi... Ameen...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sneak Peak

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Free Tak Free Sangat!

Ok, ni bukan entri nak promosi kan jualan murah atau nak jual barang...
Tapi saya bercakap tentang masa senggang saya *lama tak guna perkataan senggang* :) untuk makluman adik2 yang sedang blaja atau kamu2 yang tak tau senggang dalam bahasa inggeris membawa maksud yang sama dengan free la.... So, saya skrg sedang bercakap tntang masa saya yang agak senggang.... ertinya saya free sikit la.... Sebab.... saya baru je menyiapkan satu paper untuk disemak oleh bos...tapinya bos saya tidak ada di opis krna berada di luar kawasan.... tempat kerja saya akan buat event besar2an esok...jadi ramai yang dah pergi.... tapi saya je tak pergi lagi kerana tuntutan tugas...cewah! macam dedikasi sangat...huuu

Lama gila saya tak post entri di siang hari kan....Jadi saya curik2 juga masa hari ni....tapi sorry bila entri ni merapu...sbb saya agak kurang fokus.... sibuk dengar radio, sibuk nak tgok next paper yg nak kena prepare dan sibuk jugak nak updt blog... Sebab tu sy kata saya free tak free sangat sebenarnya.... ehe...

Untuk itu, sy nak minta diri dulu...kalau sempat sy updt lagi.... so,

Untill our next meeting,
Spread Your Love Sayangsss!
xoxo...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ya...Saya Malas

Assalammualaikum....
Pertama sekali ingin saya jelaskan di sini bahawa tujuan saya menulis entri ini bukanlah bertujuan untuk membela diri.... Sebaliknya entri ini ditulis bagi mengakui kesilapan, kekurangan dan kemalasan saya....

Ok, enough said! Haha.... Rindu nak buat karangan macam zaman sekolah2...atau saya sebenarnya terbawa2 dengan kerja yang menuntut saya berbahasa dengan betul.... Tak pasti yang mana satu....

Apapun, saya memang nak minta maaf pada kamu2 yang sudi follow blog saya ni, kerana dah agak lama tak menampal entri yang sebenar2 nya entri....
Betul, saya sibuk benar akhir2 ini.... Internet di rumah dah potong pulak aritu.... Dan baru seminggu ni je line baru dimasukkan...*Selamat tinggal P1 Wimax....Selamat berkhidmat incik Unifi* :) Jadi itu salah satu punca saya tidak update blog.... betul, saya boleh update entri tru fon.... tapi berbalik kepada tajuk asal kite tadi... ya, saya Malas! ;p




Jangan marah plisss....ada sebab kenapa saya jadi malas.... Passion sy pada penulisan ni agak menurun bilamana subjek yang menjadi pembakar semangat menulis dah tiada... ;( *yes..this is the bad news.* Tapi, apalah daya saya... kalau memang setakat itu yang tertulis, maka setakat itu lah...

Okay, xmau sedih2.... cukup dulu entri untuk kali ni....
InsyaAllah...kita jumpa lagi nanti.

**Gambar sumber Google

Untill our next meeting, Spread Your Love Sayangsss!
xoxo...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

JIKA

Jika wanita cantik yang dicari,
ia bukan saya..
Jika wanita solehah yang dicari,
ia bukan saya..
Jika wanita ayu yang dicari,
ia bukan saya..
Jika wanita kaya yang dicari,
ia bukan saya..
Jika wanita berPurDah yang dicari..
Ia juga tetap bukan saya

TETAPI

Jika wanita yang ingin dibimbing, Dia adalah saya... bimbing dan berilah ilmu agama pada saya... Kerana saya byk kekurangnnya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Entri Pendek

Assalammualaikum...

Entri pendek. Mmg pendek. Sy busy sesangat akhir2 ni.... Kerja banyak betul. Jadual hidup tak menentu. Balik rumah dah penat lalu tak sempat nak buat sebarang update. Mungkin jugak hati x punya mood.... Nanti saja sy citer.... Entri pendek kan? So, sy mntk diri dulu....

Untill our next meeting, Spread Your Love Sayangsss!
xoxo...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SEMPURNA

Sempurna -
Andra & The Backbone

kau begitu sempurna
di mataku kau begitu indah
kau membuat diriku
akan selalu memujamu
di setiap langkahku
ku kan selalu memikirkan dirimu
tak bisa ku bayangkan
hidupku tanpa cintamu

* janganlah kau tinggalkan diriku
takkan mampu menghadapi semua
hanya bersamamu ku akan bisa

reff:
kau adalah darahku
kau adalah jantungku
kau adalah hidupku
lengkapi diriku
oh sayangku kau begitu
sempurna, sempurna

kau genggam tanganku
saat diriku lemah dan terjatuh
kau bisikkan kata
dan hapus semua sesalku

"Sesempurna itukah seorang Manusia yang bergelar hamba?"

Ia subjektif.. Setiap org menilai kesempurnaan di tahap yang berbeza... Utk saya, sy x mencari yang sempurna... Cuma yang biasa2 saja tapi mahu mencuba menjadi luar biasa untuk saya.. :)

~Aku mencintainya, tanpa melihat kata "SEMPURNA" . . . Aku mencintainya dengan melihat segala kelebihan dan kekurangan yang dia miliki Aku mencintainya dengan segala kesabaran dan keikhlasan hatiku . . . Aku mencintainya dengan melihat agamanya, bukan fizikalnya . . . Aku mencintainya dengan sebentuk cinta yang aku miliki . . . Aku mencintainya tanpa melebihi rasa cintaku padaNYA~

Untill our next meeting, Spread Your Love Sayangsss!
xoxo...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dinner

Rabu malam Khamis, opis saya buat dinner.... Meriah gak... Dekat hotel Intercontinental (formerly known NIKKO)... Makanan ok2 je... Chinese Food... Tapi saya kenyang amat lah.. :)

So, tanpa membebel panjang, layan la a few gambar yang saya sempat upload utk share dgn kamu2 semua... :)

Ade banyak jugak... Klu sempat sy upload yg lain2 juga nanti... :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

POSITIVE

KEKADANG kita terasa amat longlai sekali. Dalam pada meneruskan kehidupan ini, terasa amat payah benar. Seolah hendak melangkah pun tidak bermaya. Apa lagi untuk mencapai kejayaan yang besar, memang jauh sekali. Kita ni kalau tidak disuntik dengan kata-kata perangsang sesekali, memang bertambah-tambah la malasnya... Jadi be POSITIVE!


Untill our next meeting, Spread Your Love Sayangsss!
xoxo...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PENGUMUMAN!!

Tak ada kena mengena dgn pengisytiharan raya, jauh skli berkait politik.... Ini tentang hidup dan masa depan saya...

Sila ambil perhatian... Kerana rasa sakit hati dan sakit jiwa raga... Eh?! Abaikan... Emosi saya tak stabil... Saya tak mampu lagi... Nak berpura2... Buat macam tak kisah dan tak nampak... Padahal hati sakit dan berdarah... Dia dah pilih jalan hidup dia... Maka saya harus pilih jalan hidup saya... Dan kerana itu, saya akan deactivate akaun FB saya...

Giler x sedih? Dah 7 ke 8 tahun akaun tu sy buat... Dah macam2 perkara yang dikongsi.. Dulu, dia penah je suggest sy deavtivate acc tu... Tp sy tak nak... Sbb sy rasa tak perlu... Cuma kali ni saya rasa perlu...Tapi saya bkn tutup terus... Cuma deactivate smpai hati rasa tenang.. Cewah.. :)

Jadi, teruskan follow saya di sini dan di twitter saya... :)

Untill our next meeting, Spread Your Love Sayangsss!
xoxo...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lara Lagi...




Hidup memang tak akan pernah putus diuji.... Air mata, kalau berhenti, maknanya dah di penghujung hidup lah tu.... :)

Saya ingat 2012 akan dipenuhi perkara yang gembira dan membahagiakan... Rupa2 nya itu mimpi dan impian...

Tapi... No regrets! Macam lirik ni
"Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir.."- by A.P.I

Apapun jom layan lirik lagu ni sebab ia mcm mewakili ape hati sy nk kata saat ini...

OST Ombak Rindu : Lirik Lagu Lara Lagi - Adira

Hanya sampai di sini sahaja
Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti di sini

Biar ku pujuk hati ini
Merawat rinduku sendiri
Setelah aku kau lukai
Sedangkan kau tahu

Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru

Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah
Tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu.. percayalah

Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di suatu hari nanti
Ku jejak bahagia...

Untill our next meeting, Spread Your Love Sayangsss!
xoxo...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenal Tak Khalil Gibran?

Saya pun tak kenal... Tapi saya mengagumi bakat penulisannya... Jom, baca... :) and hayatilah...


Puisi Persahabatan

Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.

Dan dia menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.

Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

~ Khalil Gibran

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Takut Betul!

Haa... Confirm la tertanya2 kan sy takut ape kan? Sebenar2 nyer... Saya takut penyakit malas update blog nie menghantui.... Padahal dah berazam x nak malas update blog....

Tapi biasala manusia... Part berazam n tanam azam baru, oh semua hebat2 belaka... Tp tang nak menunaikan azam tu, cer tgok bape kerat aje la yang berjaya....

Sungguh ni... Tak tipu... Ia mmg knyataan.... Bukan mana2 kisah dongeng... Saya yakin kamu2 pun tau kebenaram yang sy sampaikan....

Hurm.... Harapan saya, biar lah perasaan takut saya tu mampu membendung *bkn Bandung* sila baca betul2... Virus Malas tu.. Sungguh saya takut betul! Malas ni bole buat sume keje x jadi... Mudah2an saya dan jugak kamu semua tak diserang virus ni...

Akhir kata... Ewahhh... Mcm buat ucapan penutup kannn.... Apa ade hal...
Akhir kata,

Majulah kita untuk Blogger World! Eh?! :p

Untill our next meeting, Spread Your Love Sayangsss!
xoxo...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nescafe & Kenangan

Kenangan apa?! :) Tunggu....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

+/- = Hidup

Assalammualaikum...

Aik?! Pelik kan tajuk entri... Ape ade hal... Tajuk je...

Apa kena mengena simbol2 tu dgn Hidup? Ala.. Sy yakin kamu semua yg bijak pandai membaca fikiran sy tau kan....

Betulll.... Memang betul. Dalam kehidupan kita la kn sbgai manusia ni, akan ada perkara yg positif dan negatif... Macam entri sy semalam tu kan... Saya kata permulaan yg indah bg 2012 kan.... Tapi mana la kita nak tau pengakhiran nya bagaimana... Atau... Sempat ke saya menemui akhiran itu...

Haa... Confirm ade yang kata, bru msuk 2012... Da sibuk nak cite pasal penutup... Entah ape ke hal... Mmg la.. Merapu pagi2 buta ini la hasilnya... Budget macam byk sgt idea...

Ok, balik ke topik asal... Kadang2 dalam hidup ni... Bila kita mintak atau inginkan sesuatu kita akan dpat... Oh kita rasa kita la manusia yang paling beruntung sangat tu.... Konon la kan... Smpaikan kita lupa... Di setiap keberuntungan itu, kita haruslah melalui satu proses utk ditarik balik mana2 nikmat lain... *okeh... Sy sedar saya da mcm professor serba tau* -Adakah sy kisah?! Tidak sama skli... Pggl la ape pun... Sy ok jer.. :)

Allah itu maha adil... Semuanya diberi sama rata.... Bila ade tambah kat sini, kena la tolak kat situ... Bila ade lebih kat sana, kat sinun kena la kurang plak kan... Baru la kehidupan namanya... :) jadi kerana itu tajuk entri ini terhasil begitu...

Apesal entri kusut? Sbb sy pon kusut... Esok final exam... Satu ape x baca lagi... Ade hati betjimba2 mendraft entri... Oooohhhh ape dah jadi?!

Untill our next meeting, Spread Your Love Sayangsss!
xoxo...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

January 2nd

Hurm... Kejap je dah hari kedua... Xsempat pon nak buat posting hari pertama.... Padahal org lain berebut2 dok buat post... Xpela.. Yg penting hari pertama 2012, saya bersama dgn orang2 yang saya syg... X lupa juga my hearts, Omel & Oyen...

Semalam Oyen ilang skejap.. Tp dah jumpa balik... So, no worries... :)

Puratanya hari semalam sy lalui dgn perkara2 yang indah... Wlupun ade sedikit kesedihan kat sana sini, tapi kite kena positif.. :)

Saya doakan semua yg baik2 buat semua yang sy syg... Semoga mereka menemui apa yg mereka cari... :)

Oh, semalam sy dah ketemu ngan... Err lebih baik xpayah mention di sini... Biar sy saja yg tau.. Eh dan juga sahabat! :)

Erm... Nampaknya smpai sini dulu la... Sy kat luar ni... Kat bowling centre Wangsa Walk... Xleh nk concentrate menghapdate blog... Plus kesian kat sahabat yg termenung sorang2... Jgn bg die melayan perasaan... Xbaik utk kesihatan... :)

Ps: sorry xde gambar...

Untill our next meeting, Spread Your Love Sayangsss!
xoxo...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...